suria

Jepun Putuskan Dasar Guna Tenaga Nuklear Pada Jumaat

TOKYO: Kerajaan Jepun akan memutuskan dasar penggunaan tenaga nuklear pada Jumaat selepas krisis loji Fukushima sama ada untuk terus menggunakannya atau sebaliknya bagi tempoh tiga dekad akan datang.

Laporan menyebut, Perdana Menteri, Yoshihiko Noda dan Kabinet dijadual mengadakan perjumpaan lewat hari ini bagi membincangkan dasar baru mengenai nuklear. Tokyo dijangka mengumumkan keputusan itu diikuti penutupan terus seluruh loji reaktor atomnya sehingga 2030-an, lapor agensi berita Kyodo dan Jiji Press yang memetik sumber kerajaan hari ini.

Jika keputusan menamatkan penggunaan nuklear, Jepun akan bersama Jerman berdepan dengan masalah tenaga selepas Jerman mahu membebaskan negara itu daripada nuklear menjelang 2022. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain