suria

Tahap Keselamatan Pejabat Kedutaan AS Seluruh Negara Dipertingkat

MANILA: Tahap keselamatan di pejabat kedutaan Amerika Syarikat (AS) di seluruh negara dipertingkatkan ekoran serangan yang mengorbankan duta negara itu di Libya pada Rabu.

Pasukan pengawal dan polis khas dilihat membawa senjata di luar pejabat kedutaan AS di Filipina.

Beberapa jurugambar turut dilarang untuk mengambil gambar di sekitar pejabat kedutaan.

Sebuah trak pikap yang membawa beberapa anggota polis diletakkan di bawah sebatang pokok untuk memantau keadaan sekeliling.

Manakala beberapa pengawal pantai diarahkan untuk mengawal kawasan persisir pantai Manila Bay dekat pejabat kedutaan.

Presiden Barack Obama mengarahkan tahap keselamatan ditingkatkan di setiap pejabat kedutaan AS dan berjanji untuk membawa suspek dalam insiden pembunuhan dutanya ke muka pengadilan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain