Obama Ikrar Bawa Pembunuh Ke Muka Pengadilan - Dunia | mStar

Obama Ikrar Bawa Pembunuh Ke Muka Pengadilan

WASHINGTON: Presiden Barack Obama berikrar pada Rabu membawa penunjuk perasaan yang bertanggungjawab dalam serangan ganas mengorbankan duta AS ke Libya dan tiga rakyat Amerika lain ke muka pengadilan.

Duta Christopher Stevens meninggal dunia selepas lelaki bersenjata menyerang konsulat AS di Benghazi pada malam Selasa.

Penyerang merupakan sebahagian daripada penunjuk perasaan membantah filem AS yang dikatakan menghina Nabi Muhammad.

Obama berkata keselamatan pegawai diplomatik AS dipertingkatkan di seluruh dunia berikutan serangan tersebut.

Pada Rabu, konsulat AS telah diserang oleh sekumpulan penunjuk perasaan menggunakan senapang, mortar dan bom. Serangan tersebut dikatakan telah dirancang terlebih dahulu.

Pegawai kerajaan AS berkata serangan Benghazi terdapat tanda-tanda bahawa penglibatan Ansar al-Syariah (Penyokong Undang-Undang Islam).

Mereka berkata beberapa laporan dari rantau ini mengaitkan ahli-ahli gabungan al-Qaeda Afrika utara, yang dikenali sebagai Al-Qaeda di Maghribi Islam, mungkin terlibat.

Menurut pegawai AS, Amerika mengerakkan Tentera Laut AS ke arah pantai Libya, sebagai persiapan terhadap sebarang sasaran dari Libya pada bila-bila masa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain