suria

Letupan Bom, Tembak Menembak Di Pusat Beli Belah Filipina

MANILA: Seorang terbunuh dan tujuh lagi mengalami kecederaan apabila sebutir bom tangan meletup dan tembak menembak tercetus di pusat membeli-belah di pinggir ibu negara Filipina, kata polis pada Jumaat.

Letupan dan tembak menembak dipercayai sebahagian percubaan merompak kereta perisai yang membawa wang tunai di pusat membeli-belah Alabang Town Center.

Pegawai polis Alabang, Ernesto Arroyo berkata, lelaki bersenjata pada mulanya membaling bom tangan yang mengakibatkan letupan di pintu depan bank menyebabkan lima pelanggan cedera. Mereka kemudiannya melepaskan tembakan ke arah pengawal keselamatan.

Ketika berbalas tembakan, seorang suspek ditembak mati dan dua pengawal keselamatan mengalami kecederaan sebelum suspek lain melarikan diri. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain