suria

Watak Profesor X Dimatikan Dalam Keluaran Terbaru Komik Marvel

LOS ANGELES: Profesor X, watak dalam buku komik Marvel yang dibentuk dan memimpin kumpulan superhero mutan yang dikenali sebagai X-Men, telah dimatikan.

Isu terbaru komik "Avengers VS X-Men," yang keluar pada Rabu, menyaksikan watak Charles Xavier dengan kerusi roda dibunuh oleh Cyclops, ahli kumpulannya sendiri X-Men.

"Apabila kita mula-mula merangka 'Avengers VS X-Men,' kita tidak memutuskan untuk mematikan sebarang watak, tetapi untuk menjadikan cerita berkembang watak Charles Xavier perlu ditumbangkan," Ketua Editor Marvel Entertainmen tAxel Alonso, berkata dalam satu kenyataan.

"Yakinlah kematiannya akan bergema di seluruh Alam Semesta Marvel, membawa kepada kewujudan seperti Uncanny Avengers dan All-New X-Men," tambah Alonso.

Kesimpulan dramatik jalan cerita ini akan dapat diketahui dalam isu susulan, yang dijangka keluar pada 3 Oktober ini.

Watak X-Men telah telah dibawa ke layar besar dalam siri filem yang dibintangi oleh Patrick Stewart sebagai Profesor X dan James Marsden sebagai Cyclops termasuk filem "X-Men pada tahun 2000,"X2" pada 2003 dan tahun 2006 X-Men: The Last Stand.

Tahun lepas, prequel kepada filem-filem mereka, "X-Men First Class," memperlihatkan pelakon British James McAvoy sebagai profesor. - Reuters

Artikel Berikut

Artikel Lain