suria

Putera William: Saya Mahu Dua Anak

Putera Britain, William bersama isterinya Catherine dalam rangka lawatan di Singapura.
Putera Britain, William bersama isterinya Catherine dalam rangka lawatan di Singapura.
Putera Britain, William bersama isterinya Catherine dalam rangka lawatan di Singapura.

SINGAPURA: Putera Britain, William mendedahkan pada Rabu bahawa beliau mahu mempunyai dua orang anak dengan isterinya Catherine, lapor sebuah media British yang mengiringi pasangan diraja ini dalam satu lawatan Asia Pasifik.

"Seseorang bertanya kepadanya berapa ramai anak yang beliau mahukan dan jawabnya, dia memikirkan untuk memilik dua orang cahaya mata," ujar pelajar di British standard Tanglin Trust School di Singapura, Corine Ackerman.

The Press Association memberitahu sebelum ini, William pernah bercakap tentang ingin memulakan sebuah keluarga bersama Kate tetapi tidak mengulas tentang jumlahnya.

Pada hari kedua lawatan pasangan diraja melawat taman botani, Gardens By The Bay iaitu lokasi tarikan pelancong Singapura terbaru kemudian dibawa ke kilang enjin jet terbesar, Rolls-Royce.

Pasangan itu turut melawat Queenstown, sebuat taman yang dinamakan sempena pertabalan Elizabeth II 1953,

"Dia kelihatan seperti model," kata pelajar Singapura Geran Hor.

Bagi menghiburkan orang ramai, William, yang telah membuka tali leher dan butang baju untuk bermain capteh iaitu permainan tradisional di Singapura.

William dan Catherine berada di Singapura sehingga Khamis sebelum meneruskan lawatan ke Malaysia, di mana mereka akan dibawa melawat ibu kota Kuala Lumpur dan negeri Sabah. AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain