suria

Penunjuk perasaan Yemen Serbu kedutaan AS di Sanaa

DUBAI: Beratus-ratus penunjuk perasaan Yemen menyerbu kedutaan AS di Sanaa pada Khamis sebagai tanda protes terhadap filem yang disifatkan menghina Islam, pengawal keselamatan di kedutaan tersebut cuba meredakan keadaan dengan menyalakan api ke udara, kata seorang saksi.

Katanya, penunjuk perasaan bertindak memecahkan tingkap pejabat keselamatan di luar kedutaan sebelum memecahkan pintu utama dalam percubaan masuk ke dalam kawasan bangunan.

Pengawal keselamatan melepaskan beberapa das tembakan dan dilaporkan terdapat kecederaan di kedua-dua belah pihak tetapi tiada maklumat rasmi diterima. Reuters

Artikel Berikut

Artikel Lain