OIC Kutuk Serangan Perwakilan Amerika Di Kaherah Dan Benghazi - Dunia | mStar

OIC Kutuk Serangan Perwakilan Amerika Di Kaherah Dan Benghazi

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Duta Besar Amerika ke Libya dan tiga pegawai pejabat konsul di Benghazi.

Setiausaha agung OIC Prof Ekmeleddin Ihsanoglu berkata beliau terkejut dengan tindakan keji itu, yang tidak boleh diterima atas sebarang alasan.

Christopher Stevens terbunuh apabila sekumpulan penunjuk perasaan menyerang pejabat konsul Amerika menggunakan roket pelancar bom, sebelum membakar bangunan berkenaan pada Selasa.

Keganasan itu dikatakan berpunca daripada penerbitan sebuah filem yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Dalam kenyataannya, Ihsanoglu menyuarakan kebimbangan mendalam beliau berkaitan serangan terhadap kedutaan Amerika di Kaherah kerana membantah filem yang diterbitkan di Amerika itu.

Katanya dua kejadian itu mempamerkan akibat buruk yang boleh tercetus daripada tindakan menyalahguna kebebasan bersuara, seperti yang sentiasa diberi ingatan oleh OIC.

Walaupun penerbitan filem berkenaan amat dikesali kerana boleh menyalakan api kemarahan, namun tindakan melakukan keganasan, yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah, juga tidak boleh diterima, katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Obama Ikrar Bawa Pembunuh Ke Muka Pengadilan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain