suria

Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun Bunuh Diri Angkara Skandal

TOKYO: Menteri Perkhidmatan Kewangan Jepun ditemui mati bunuh diri, dua hari sebelum majalah tabloid mendedahkan skandal beliau dengan seorang wanita.

Tadahiro Matsushita, 73, ditemui tergantung di rumahnya di Tokyo berserta surat kepada isterinya dan Perdana Menteri Yoshihiko serta dan anggota kabinet.

Seorang wakil dari majalah tabloid Shukan Shincho berkata, berita skandal melibatkan pemimpin itu dengan akan disiarkan minggu ini.

Sementara itu, Menteri Kewangan Jepun, Jun Azumi berkata, mendiang adalah seorang ahli politik berpengalaman dan mempunyai disiplin serta kualiti kerja yang tinggi dan sungguh produktif.

Azumi akan mengambil alih tugas Matsushita sebagai menteri perkhidmatan kewangan, termasuk melaksanakan tugas sebagai menteri bertanggungjawab menyelia rangkaian penswastaan pejabat pos.

Artikel Berikut

Artikel Lain