suria

73 Maut Kilang Pakaian Terbakar Di Karachi

KARACHI: Sekurang-kurangnya 73 terkorban apabila sebuah kilang pakaian yang sesak dengan pekerja terbakar di Karachi, awal pagi Rabu.

Manakala puluhan lagi pekerja yang terperangkap dilaporkan berusaha menyelamatkan diri dengan terjun dari tingkap bangunan kilang.

Kebakaran itu membabitkan bangunan kilang empat tingkat.

Insiden itu berlaku sehari selepas sebuah kilang kasut terbakar di Lahore yang mengorbankan 21 orang.

“Setakat ini kami sudah mengeluarkan 73 mayat dari kilang berkenaan dan angka kematian dijangka meningkat lagi," kata ketua pasukan bomba Karachi, Ehtesham Salim.

Artikel Berikut

Artikel Lain