suria

Pereka Komputer Riba Terawal Meninggal Dunia

Bill Moggridge. Foto AP
Bill Moggridge. Foto AP
Bill Moggridge. Foto AP

NEW YORK: Seorang pereka industri warga British, Bill Moggridge yang menghasilkan rekaan komputer mudah alih terawal dengan bentuk yang boleh dibuka dilipat yang digunakan sehingga kini, telah meninggal dunia pada usianya 69 tahun.

Pihak Muzium Rekaan Negara, Alex Bochannek berkata, sebuah komputer yang mempunyai papan kekunci dengan paparan warna hitam dan kuning dijual pada harga AS$8,150 apabila ia mula dikeluarkan pada 1982.

Kurator Muzium Sejarah Komputer di Mountain View, California, walaupun terdapat banyak komputer mudah alih dibangunkan ketika itu, tetapi Grid Systems Corporation memperoleh paten itu untuk rekaan itu dengan skrin di sebalik ‘mesin’.

“Dari segi rekaan industri dan atas sebab persabahatan, Moggridge telah mencadangkan rekaan itu,” kata Bochannek.

Moggridge menulis buku yang berjual “Designing Interactions” yang diterbitkan pada 2006 dan “Designing Media” pada 2010.

Pemergian beliau meninggalkan isterinya yang berusia 47 tahun, Karin serta dua anak lelakinya iaitu Alex dan Erik. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain