suria

Mayat Jatuh Dari Langit Gempar Bandar London

LONDON: Seorang lelaki berketurunan Afrika Utara yang dipercayai cuba untuk memasuki Britain secara haram dengan bersembunyi di dalam petak tayar pesawat telah ditemui mati selepas jatuh dari ketinggian 2,000 kaki.

Pihak berkuasa suspek, mayat mangsa terjatuh ketika petak pesawat dibuka sebaik sahaja ia menghampiri Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow di sini.

Mayat itu telah ditemui terdampar di kawasan pejalan kaki di sebuah petempatan pinggir bandar ini di kawasan perumahan Mortlake, Barat Daya London.

Akhbar The Sun, UK memetik seorang pekerja supermarket Jamie Notley, 19, sebagai berkata: “Saya sedang dalam perjalanan menuju ke tempat kerja apabila saya terdengar satu dentuman yang kuat."

“Apabila saya tiba di tempat kejadian, saya menyaksikan sesuatu yang sangat menakutkan," ujarnya.

Billy Watson, 26, yang tinggal bertentangan dengan tempat kejadian berkata: “Saya terdengar jeritan 'jangan keluar rumah' kerana orang ramai khuatir satu pembunuhan telah berlaku. Hanya beberapa jam kemudian barulah pihak polis tiba untuk siasat apa yang berlaku."

Ruang udara kawasan perumahan berkenaan hanya terletak 10 batu dari Heathrow merupakan kawasan laluan utama pesawat.

Pihak berkuasa percaya mangsa telah terlebih dahulu meninggal dunia kerana tidak ada manusia yang mampu bertahan duduk dalam kesejukan -40 darjah Celsius iaitu suhu di bawah paras beku ketika pesawat mencapai ketinggian tertentu.

Artikel Berikut

Artikel Lain