suria

Larangan Haiwan Peliharaan Di Apartment Ajman UAE

AJMAN, Emiriah Arab Bersatu (UAE): Para penghuni apartment di salah satu bahagian UAE iaitu Ajman menerima notis perjanjian pengusiran, untuk haiwan peliharaan mereka.

Pegawai rasmi di Ajman, di utara emiriah Dubai telah melarang haiwan peliharaan seperti anjing dan kucing di apartment mereka serta meletakkan had dua anjing untuk satu rumah keluarga.

Akhbar utama Abu Dhabi pada Isnin memetik pegawai tertinggi Ajman, Sheik Rashid Humaid Al Nuaimi sebagai berkata, peraturan baru itu bermula sekarang, atas faktor kebersihan dan kesihatan.

Laporan mengatakan bahawa haiwan peliharan hanya dibenarkan di kediaman satu keluarga yang mempunyai halaman luar.

Pemilikan haiwan peliharan bukan sebahagian daripada budaya tradisional Emiriah, tetapi UAE mempunyai berjuta-juta penghuni expaktriat yang mempunyai anjing, kucing dan haiwan peliharaan lain.

Ajman merupakan salah satu daripada tujuh bahagian emirah di UAE, termasuk Dubai dan Abu Dhabi. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain