suria

Hassan Sheikh Mohamud Dilantik Presiden Somalia Baru

MOGADISHU: Pengubal undang-undang pada Selasa melantik Hassan Sheikh Mohamud sebagai presiden baru Somalia selepas pensyarah universiti berusia 56 tahun itu mendapat undi majoriti dalam pusingan kedua penggundian presiden.

Beliau menewaskan penyandangnya, Sharif Sheikh Ahmed selepas mendapat 190 undi berbanding 79 undi yang diperolehi Sharif.

"Kami tidak tahu banyak mengenainya. Dia datang dari masyarat awam Somali yang dikaitkan dengan Al Islah," kata seorang diplomat barat.

Dalam bidang akademik, Hassan yang juga pengasas bersama Institut Pengurusan dan Pembangunan Pentadbiran Somali (SIMAD) merupakan individu berpengaruh dalam sektor pendidikan negara itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain