suria

Pembuat bom Indonesia Serah Diri

JAKARTA: Pembuat bom yang melarikan diri semasa serbuan dilakukan di rumahnya bertindak menyerah diri kepada polis di ibu kota Indonesia, Isnin.

Jurucakap polis Jakarta, Kol Rikwanto berkata pembuat bom berusia 32 tahun, Muhammad Toriq menyerah diri pada Ahad.

Toriq turut menyerahkan tali pinggang mengandungi bahan letupan, pistol dan peluru kepada pihak berkuasa.

Toriq melarikan diri selepas penduduk di Jakarta barat menyerbu rumahnya minggu lalu setelah mendapati terdapat kepulan asap dan bunyi tembakan dari arah tersebut.

Manakala pihak polis kemudian menjumpai beberapa alat letupan di kediamannya.

Toriq dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan yang merancang untuk menembak polis dan pengeboman bangunan Parlimen bagi melancarkan "perang suci" dan menubuhkan sebuah negara Islam. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain