suria

Kartunis India Dipenjara Kerana Kritik Kerajaan

NEW DELHI: Polis India telah menahan seorang kartunis politik atas dakwaan hasutan selepas dia membuat lakaran mengkritik rasuah kerajaan yang menjengkelkan terhadap parti kerajaan Kongres.

Magistret di bandar Mumbai pada Ahad mengarahkan Aseem Trivedi untuk disoal siasat mengenai satu aduan bahawa kartunis itu telah mempersendakan persekutuan India menerusi lakarannya.

Kartun Trivedi berbaur sindiran yang mengaitkan dengan gejala rasuah yang berlaku di kalangan ahli-ahli politik India, dipaparkan pada satu protes di New Delhi pada tahun lepas oleh pejuang anti rasuah, Anna Hazare.

Para pelajar, ahli-ahli politik pembangkang dan penyokong yang bebas bersuara mengadakan protes pada Isnin bahawa penahanan Trivedi menunjukkan ahli politik tidak bertolak ansur terhadap kritikan itu.

Seorang lagi kartunis ditahan baru-baru di negeri di Bengal Barat kerana membuat lakaran ketua menteri. – AP

Artikel Sebelum

Artikel Lain