suria

Doktor Palsu Periksa 2,300 Pesakit Di Jepun

TOKYO: Sebuah hospital di Jepun kini membuat pemeriksaan kelayakan terhadap semua doktornya selepas seorang lelaki dipercayai tidak mempunyai lesen perubatan telah memeriksa lebih 2,300 pesakit.

Lelaki itu mengendalikan temuramah perubatan, membuat pemeriksaan elektrokardiogram dan menjelaskan keputusan itu kepada pesakit antara 2010 dan 2011 di Hospital Besar Takashimadaira Chuo di Tokyo, lapor media mingguan.

Yomiuri Shimbun dan media lain melaporkan, hospital itu memperoleh lelaki itu menerusi sebuah agensi pekerjaan dan dia disyaki terlibat dalam merawat 2,363 orang.

Penyiar TBS berkata, lelaki itu didakwa tidak berkelayakan selepas ianya dibongkarkan apabila sekolah peperiksaan perubatan di mana dia mengajar menghubungi pihak hospital.

Pihak hospital memohon maaf atas insiden yang berlaku dan meminta semua yang dilihat menemui lelaki itu, yang dilaporkan dalam lingkungan 40an dan bekerja sambilan, untuk melakukan pemeriksaan semula.

“Kami akan melihat lesen perubatan yang asli untuk setiap doktor termasuk mereka yang bekerja secara sambilan,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web hospital itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain