suria

Putera Harry Kembali Ke Afghanistan Sambung Khidmat Tentera

LONDON: Putera Harry kembali ke Afghanistan bagi menjalani khidmat ketenteraan sebagai juruterbang helikopter Apache.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Britain, Putera berusia 27 tahun itu dijadualkan tiba di Kem Bastion di wilayah Helmand pada Jumaat.

Sebelum ini, Harry terpaksa dihantar pulang selepas berkhidmat hanya 10 minggu di Afghanistan, berikutan pendedahan oleh sebuah majalah Australia.

Pendedahan tersebut kemungkinan besar menjadikan Harry sebagai sasaran utama rangkaian Al-Qaeda dan kumpulan militan lain.

Artikel Sebelum

Artikel Lain