suria

Kemudahan MRO Air India Dijangka Siap 2013

NEW DELHI: Air India akan menubuhkan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) di Nagpur, Maharashtra, negeri perindustrian utama India.

Kemudahan itu akan menjalankan perkhidmatan MRO bagi enjin pesawat Boeing-787 dan Boeing-777, kata Menteri bagi Penerbangan Awam, Ajit Singh.

Dilaporkan bahawa kemudahan itu, yang terletak bersebelahan lapangan terbang Nagpur dijangka siap pada suku kedua 2013.

Selepas kelewatan yang agak lama, Air India akan menerima serahan pesawat 787 Boeing Dreamliner pertamanya pada Khamis.

Ini merupakan pesawat pertama daripada 27 pesawat yang sama yang ditempah syarikat penerbangan itu.

Dalam kenyataan berasingan, Ajit berkata 65 juruterbang telah dipilih untuk menerbangkan pesawat Dreamliner itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain