Penghantaran Pulang Wang Ke India Melonjak 18.9 Peratus Kepada AS$66.13 Bilion - Dunia | mStar

Penghantaran Pulang Wang Ke India Melonjak 18.9 Peratus Kepada AS$66.13 Bilion

NEW DELHI: Rakyat India yang bekerja di luar negara telah menghantar pulang AS$66.13 bilion semasa tahun fiskal berakhir Mac 2012, yang merupakan lonjakan 18.9 peratus daripada AS$55.62 bilion yang diterimanya pada 2010/2011.

Penghantaran pulang atau pemindahan peribadi oleh rakyat India bukan pemastautin sejak tiga tahun lepas menunjukkan trend yang meningkat, kata Menteri Seberang Laut Hal Ehwal India Vayalar Ravi.

Pada 2010/2011, penghantaran pulang dicatatkan AS$53.64 bilion, katanya dalam jawapan bertulis kepada dewan rendah Parlimen.

Menurut satu kajian yang dilakukan oleh Reserves Bank of India, penghantaran pulang oleh Rakyat India di seberang laut dari negara-negara Teluk berjumlah purata 27 peratus daripada keseluruhan aliran masuk penghantaran pulang ke India semasa separuh pertama 2009-2010.

Selain dari Timur Tengah, Malaysia adalah antara lima destinasi utama bagi pencari kerja rakyat India kerana kedudukannya yang dekat serta hubungan dua hala yang kukuh.

Kini terdapat kira-kira 150,000 pekerja India yang diambil bekerja secara sah di Malaysia, di dalam kedua-dua segmen mahir dan separa mahir, yang kebanyakannya di dalam sektor perkhidmatan.

Terdapat juga kira-kira 10,000 pekerja asing profesional yang diambil bekerja di dalam teknologi maklumat, pembuatan dan perbankan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain