suria

Indonesia Guna Hujan Tiruan Kawal Kebakaran Hutan

JAKARTA: Indonesia bakal mencipta hujan tiruan menerusi kaedah pembenihan awan bagi mengawal kebakaran hutan di sekitar pulau Sumatera yang menyebabkan jerebu di beberapa negara jiran.

Pengarah Tindakan Kecemasan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Tri Budiarto berkata, operasi tersebut akan dilakukan dalam masa 30 hari akan datang.

Sehingga pukul 5 petang waktu Malaysia pada Jumaat, Indeks Mutu Pencemaran (PSI) adalah antara 57 dan 68 yang dianggap tidak sihat.

Artikel Lain