suria

Gempa Sederhana Gegar Kepulauan Nicobar

KUALA LUMPUR: Kepulauan Nicobar digegarkan gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter pada Sabtu.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini, kejadian berlaku pada pukul 3.18 petang.

Pusat gempa terletak 57 kilometer dari timur laut Sabang, Indonesia dan 497 km barat laut Langkawi, Kedah, kata kenyataan itu.

Gempa tidak mencetuskan ancaman tsunami. -BERNAMA

Artikel Lain