suria

Menteri Luar Arab Saudi Dibenar Keluar Hospital

JEDDAH: Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud al-Faisal dibenarkan keluar dari hospital pada Jumaat selepas menjalani pembedahan awal bulan lalu.

Beliau turut dinasihatkan supaya berehat secukupnya agar dapat pulih dengan cepat.

Bagaimanapun, tarikh sebenar menteri berusia 72 tahun itu akan memulakan semula tugasnya tidak diberitahu.

Mahkamah Diraja pada 11 Ogos lalu mengumumkan bahawa Saud telah menjalani pembedahan di bahagian usus.

Keadaan Saud dilaporkan stabil tetapi khabar angin yang mengatakan beliau meninggal dunia selepas pembedahan tersebar luas.

Namun khabar angin itu pantas disangkal oleh Kementerian Luar.

Pada Ahad lalu, agensi berita SPA menyiarkan sekeping gambar beliau dikunjungi rakan sejawatnya di hospital.

Beliau turut dilihat memakai pakaian tradisional Arab dan berkasut sukan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain