suria

Krew Kabin Mogok, Lufthansa Batal 1,200 Penerbangan

BERLIN: Krew kabin Lufthansa memulakan mogok 24 jam di enam lapangan terbang di Jerman menyebabkan syarikat penerbangan itu membatalkan 1,200 penerbangan pada Jumaat.

Jumlah itu merupakan dua pertiga daripada 1,800 penerbangan dijadualkan pada Jumaat.

Pembatalan itu dijangka berlarutan sehingga akhir minggu ini.

Menjelang mogok pada Jumaat, syarikat itu telah pun membatalkan 50 penerbangan, Khamis.

Anggota krew mengadakan mogok ekoran pertikaian berkaitan dengan gaji dan syarat-syarat perkhidmatan.

"Ada usaha untuk berhubung (ke arah penyelesaian) tetapi tidak ada perundingan," kata kesatuan krew kabin, Pertubuhan Pengiring Penerbangan (UFO).

UFO mahu mengadakan mogok di lapangan terbang di Frankfurt, Berlin, Hamburg, Munich, Duesseldorf dan Stuttgart.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain