suria

Jumlah Mangsa Letupan Lombong di China Kini 37 Orang

BEIJING: Angka korban akibat letupan lombong arang batu terburuk di China dalam tempoh tiga tahun terus meningkat kepada 37 orang berikutan suhu tinggi dan tahap karbon monoksida berbahaya menyukarkan usaha menyelamat 10 pelombong yang masih terperangkap, pada Khamis.

Polis sudah menahan pemilik lombong arang batu Xiaojiawan berikutan letupan yang berlaku di bandar perlombongan terkenal Panzhihua, barat daya Wilayah Sichuan, petang kelmarin. Menurut Pentadbiran Keselamatan Pekerja negeri, seramai 154 pekerja dipercayai berada dalam lombong berkenaan ketika letupan berlaku dan 107 mangsa berjaya dibawa keluar.

Kejadian itu yang paling dahsyat berlaku di China apabila 108 terbunuh dalam letupan di Wilayah Heilongjiang pada November 2009. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain