suria

Helikopter Terhempas: Dua Tentera NATO Maut

KABUL: Dua tentera NATO terbunuh apabila sebuah helikopter terhempas di timur negara ini pada Rabu.

Menurut jurucakap Leftenen Kolenal Hagen Messer, pihaknya mengesahkan bahawa helikopter itu terhempas di wilayah Logar, menyebabkan dua anggota keselamatan terbunuh.

Sementara itu, pegawai tempatan berkata, pesawat tersebut terpaksa membuat pendaratan kecemasan selepas berlaku serangan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain