suria

Tiga Maut, Sembilan Hilang Dalam Banjir Di Pakistan

MUZAFFARABAD, Pakistan: Bencana banjir yang disebabkan oleh hujan lebat pada Rabu telah menyebabkan sekurang-kurangnya tiga terkorban di bandar pentadbiran Pakistan, Kasmir, dan sembilan lagi hilang dihanyutkan air deras.

Anggota penyelamat berkeja di gaung Machiara, kira-kira 40 kilometer dari Muzaffarabad, bandar utama bagi sebahagian wilayah yang menjadi pertikaian di Pakistan, kata Pengarah Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kashmir, Raja Muazzam.

“Kami telah menjumpai tiga mayat. Mereka yang lain telah dihanyutkan oleh banjir dan masih hilang, termasuk enam lelaki dan tiga wanita,” kata Ansar Yaqood, yang merupakan pegawai kanan kerajaan kepada AFP.

“Paras air masih lagi terlalu tinggi menyukarkan operasi menyelamat. Ini dilihat bahawa tiada harapan untuk mereka yang lain terselamat.”

Banjir di Pakistan pada musim panas tahun 2011 telah memberi kesan kepada 5.8 juta orang, apabila mengorbankan banyak ternakan, memusnahkan tanama, rumah dan bangunan sehingga negara berhadapan dengan masalah untuk memulihkan akibat bencana itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain