suria

Suspek Dalam Serangan Balas Polis Di Indonesia Ditahan

JAKARTA: Polis Indonesia berkata, mereka telah menahan seorang suspek dalam satu serangan di balai polis di mana salah seorang pegawainya terbunuh.

Jurucakap polis negara, Briget Jeneral Rafli Amar pada Rabu berkata, suspek berkenaan, Firman, didakwa memandu sebuah motosikal yang digunakan untuk menyerang balai polis di Solo pada 30 Ogos.

Dua penyerang telah menembak seorang anggota dan kemudian melarikan diri.

Amar berkata, rakan Firman didakwa dibunuh oleh satu skuad anti pengganas dalam insiden tembak-menembak sehari selepas itu.

Beliau berkata, seorang suspek militan telah ditahan selepas tembakan itu dan disoal siasat sehingga membawa kepada penahanan Firman, yang hanya menggunakan satu nama.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, para militan menyasarkan anggota keselamatan negara untuk melumpuhkan aktiviti-akitiviti mereka. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain