suria

Seorang Maut Dalam Tembakan Rambang Di Montreal

MONTREAL: Seorang maut apabila seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di dalam sebuah dewan teater di Montreal ketika ketua Parti Quebecois, Pauline Marois menyampaikan ucapan selepas mencatat kemenangan tipis pada pilihan raya di wilayah tersebut.

Marois menewaskan Jean Charest dari Parti Liberal.

Kemenangan itu menjadikan Marois, 63, wanita pertama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri di wilayah itu.

Insiden itu amat mengejutkan bagi Kanada di mana kadar jenayah dan keganasan politik berada pada tahap terendah.

Seorang lagi mangsa mengalami kecederan parah dalam insiden yang berlaku lewat petang Selasa.

Pengawal peribadi sempat melindungi Marois dan membawanya keluar dari tempat kejadian.

Beliau kemudiannya kembali ke atas pentas dalam keadaan selamat untuk menggulung ucapannya.

Suspek serangan itu berjaya ditahan selepas melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang hadir di dewan teater itu.

Polis berkata, dia turut dipercayai memulakan kebakaran berhampiran dewan teater di Montreal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain