suria

Pendapatan 7 Bulan Libya Dari Hasil Minyak & Gas Cecah AS$30.4 Bilion

TRIPOLI: Hasil pendapatan Libya dari minyak dan gas dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini mencecah AS$30.4 bilion.

Libya mengeluarkan 1.4 juta tong minyak sehari.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Minyak Negara Libya, dari tempoh 1 Januari hingga 31 Julai tahun ini jumlah keseluruhan pengeluaran minyak telah mencecah 302 juta tong.

Hasil daripada jualan minyak dan gas negara itu telah menjana pendapatan sehingga AS$30.4 bilion pada kadar purata AS$110.5 setong.

Sebelum kejatuhan regim Muammar Ghadaffi, Libya menghasilkan minyak berjumlah 1.6 juta tong sehari.

Minyak dan gas menyumbang sehingga 90 peratus daripada keseluruhan pendapatan negara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain