suria

Kerajaan Jepun Sedia Beli Pulau Di Laut China Selatan

TOKYO: Media melaporkan kerajaan Jepun bersetuju untuk membeli beberapa pulau milik persendirian yang terletak di Laut China Selatan yang dikawal Jepun dan juga dituntut China.

Kerajaan sudah bersetuju untuk membeli tiga daripada lima kepulauan utama Senkaku (dalam bahasa Jepun) atau Diaoyu (dalam bahasa China) daripada keluarga Kurihara bernilai 2.05 bilion yen (AS$26 juta), lapor agensi berita Kyodo dan akhbar Yomiuri dan Asahi pada Rabu.

Bagaimanapun pegawai kerajaan Jepun enggan mengesahkan mengenai pembelian berkenaan dan hanya menjelaskan proses rundingan masih diteruskan.

Isu mengenai pulau berkenaan ditimbulkan sejak April lalu apabila seorang gabenor dari Tokyo, Shintaro Ishihara, mengumumkan rancangan bandar raya itu untuk mengutip dana bagi membeli pulau terbabit agar ia tidak berpindah milik ke pihak China.

China pula dilaporkan tidak mengiktiraf pemilikan keluarga warga Jepun ke atas pulau berkenaan dan negara itu berhak menuntut hak ke atasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain