Hillary Sokong ASEAN - Dunia | mStar

Hillary Sokong ASEAN

BRISBANE: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton, menggesa negara anggota ASEAN bersatu berdepan dengan China dalam menangani perebutan wilayah di Laut China Selatan.

Clinton berada di Jakarta semalam bagi menunjukkan sokongan kuat Amerika kepada pelan rantau itu yang diluluskan untuk mengurangkan ketegangan dengan melaksanakan kod perlakuan bagi semua pihak yang menuntut pulau berkenaan.

"Beliau mahu mengukuhkan penyatuan ASEAN” - Pegawai kanan Amerika Jakarta adalah ibu pejabat ASEAN dan Clinton juga menggesa blok berkenaan supaya bertegas dengan China agar bersetuju dengan mekanisme formal untuk mengurangkan risiko konflik jarak pendek dan akhirnya mencapai penyelesaian berhubung kedaulatan.

"Beliau mahu mengukuhkan penyatuan ASEAN,” kata pegawai kanan Amerika kepada wartawan dalam pesawat yang membawa Clinton dari Kepulauan Cook ke Australia.

Peranan utama

"Indonesia memainkan peranan utama dalam meletakkan pelan enam perkara itu bersama-sama itu selepas ASEAN gagal mencapai kata sepakat mengenai isu itu Julai lalu," kata pegawai.

Amerika gembira dengan pelan itu tetapi mahu tindakan diambil terutama pelaksanaan dan penguat kuasaan kod itu, yang kaku sejak rangka kerja awal dipersetujui pada tahun 2002.

Amerika menegaskan kepentingan keselamatan dalam mencapai perdamaian berhubung perebutan di Laut China Selatan dan berharap kemajuan dibuat sebelum persidangan pemimpin Asia Timur November ini yang akan dihadiri Presiden Barack Obama.

Gusarkan China

Kedudukan Amerika menggusarkan China, yang semakin galak menuntut wilayah daripada negara jiran yang lebih kecil dan mahu perbalahan itu diselesaikan secara individu dengan setiap negara. Amerika berkata, ia tidak menyebelahi mana-mana pihak mengenai tuntutan itu tetapi mahu melihat ia diselesaikan antara China dan Asean.

Clinton akan mengunjungi China hari ini untuk meneruskan rundingan mengenai Laut China Selatan dan beberapa isu lain termasuk krisis di Syria dan cara berurusan dengan program nuklear Iran dan Korea Utara.

Clinton berada di Indonesia dalam persinggahan kedua lawatan selama 11 hari ke enam negara yang turut membawanya ke Timor Leste, Brunei dan Russia selepas China. - AP

Artikel Sebelum

Cubaan Seludup Budak 6 Tahun Gagal

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

Artikel Lain