suria

China Perlukan 5,260 Pesawat Baru Menjelang 2031 – Boeing

BEIJING: China akan memerlukan 5,260 pesawat komersial menjelang 2031 dengan anggaran nilai pasaran kira-kira AS$670 bilion, menurut satu jangkaan yang dibuat pada Rabu oleh syarikat penerbangan gergasi Amerika Syarikat (AS), Boeing.

Naib Presiden Pemasaran bagi Seksyen Pesawat Komersial Boeing, Randy Tinseth berkata, syarikat yang berpangkalan di Seattle itu telah mengkaji semula tentang jangkaannya daripada tahun lepas, apabila ia meramalkan China memerlukan 5,000 pesawat baru menjelang 2030.

Menurut unjuran Boeing, di antara 2012 dan 2031, China akan dilihat mengambil kira 15.5 peratus daripada 34,000 syarikat penerbangan yang akan dijual di seluruh negara.

Pengeluar itu berkata, ia menganggarkan bilangan pesawat dalam operasi di seluruh negara dalam tempoh dua dekad akan datang akan berganda daripada hampir 20,000 kepada hampir 40,000 buah.

Boeing berkata, unjuran itu meningkat kerana kaitannya terhadap perkembangan ekonomi China yang begitu kukuh. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain