suria

42 Askar Kanak-Kanak Dibenarkan Keluar Daripada Tentera

YANGON: Seramai 42 askar kanak-kanak dibenarkan keluar daripada tentera pada Selasa selepas Myanmar menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk tidak merekrut tentera di bawah umur.

Akhbar tempatan New Light of Myamar melaporkan, kesemua kanak-kanak terbabit dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing yang menunggu mereka di Yangon.

Perjanjian yang dimeterai pada Jun lalu itu merupakan sebahagian usaha pembaharuan kerajaan Myanmar untuk membersihkan imej buruk yang dipamerkan oleh pemerintahan junta tentera sebelum ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain