suria

Lima Cedera Dalam Serangan Bom Di Narathiwat

BANGKOK: Lima anggota tentera cedera dalam satu serangan bom di Takbai, Narathiwat pada Isnin.

Jurucakap polis Narathiwat berkata dalam insiden itu, sebutir bom buatan sendiri seberat 15 kilogram meletup ketika kenderaan pikap tentera menghampiri Jambatan Kampung Padado di Ban Nak, Takbai pada 12.20 tengah hari.

Dalam perkembangan lain, dua butir bom buatan sendiri ditemui di Sungai Padi, Narathiwat pada Isnin.

Ketua Polis Sungai Padi Kolonel Pirapol Na Phattalung berkata bom itu ditemui di Kampung Chok Wa berhampiran Stesen Keretapi Kampung Tokdeng.

"Kami percaya sasaran mereka ialah anggota keselamatan yang bertugas di jalan raya dan jalan kereta api di kawasan itu," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

30 Maut Pertempuran Di Turki

Artikel Lain