suria

Kesilapan Juruterbang Punca Helikopter Tentera Udara Brunei Terhempas

BANDAR SERI BEGAWAN: Tragedi sebuah helikopter tentera udara Brunei yang terhempas sehingga mengorbankan 12 orang pada Julai lalu berpunca akibat kesilapan juruterbang yang melakukan penerbangan pada tahap yang tidak dibenarkan.

Helikopter Bell 212 itu terhempas di wilayah yang kaya dengan hasil minyak itu selepas kembali menjalani latihan di dalam hutan pada 20 Julai lalu.

Berdasarkan siasatan, juruterbang itu dikatakan melakukan penerbangan pada sudut 45 darjah dan melanggar sebuah pokok besar.

Kementerian Pertahanan Brunei berkata mereka tidak menemui sebarang bukti mengenai sama ada helikopter itu mengalami masalah mekanikal.

Siasatan itu disahkan oleh tiga pasukan penyiasat bebas dari Amerika Syarikat (AS), Kanada dan syarikat pembuat helikopter tersebut iaitu Bell.

Katanya, ketika insiden itu cuaca dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

30 Maut Pertempuran Di Turki

Artikel Lain