suria

Rusia Nafi Rancang Sekat Eksport Gandum

MOSCOW: Rusia pada Jumaat menafikan tentang rancangan negara itu untuk melancarkan sekatan terhadap eksport gandum ketika musim kemarau yang mendorong pengeksport gandum ketiga terbesar dunia untuk mengurangkan eksportnya bagi kali kedua dalam tempoh seminggu.

Kementerian pertanian berkata, ia kini menjangkakan antara 70 juta sehingga 75 juta tan untuk pelbagai jenis gandum akan dituai pada tahun ini selepas kali terakhir jangkaan itu dikurangkan pada 23 Ogos lepas.

Ketua menterinya, Nikolai Fyodorov menambah, jumlah eksport gandum Rusia sepatutnya menjangkau antara 10 juta sehingga 14 juta tan pada tahun ini, selari dengan jangkaan kerajaan seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau dan Timbalan Perdana Menteri pertama, Arkady Dvorkovich menolak idea bahawa Rusia akan melakukan sekatan eksport semula selepas hampir setahun malah dalam tempoh kemarau pada musim panas 2010.

“Selagi saya masih mengendalikan bidang ini, saya akan berjuang terhadap sebarang sekatan dalam eksport gandum,” kata Novosti yang memetik Dvorkovich sebagai berkata.

“Kami tidak merancang pendekatan (sekatan) seumpama itu. Saya kini bercakap mengenai tahun pertanian yang akan datang,” kata anggota tertinggi kabinet.

“Saya setuju mengenainya,” kata Fyodorov yang dipetik sebagai berkata dalam satu sidang media bersama. - AFP

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain