suria

Polis Indonesia Tembak Mati Dua Individu Dipercayai Pengganas

JAKARTA: Polis Indonesia menembak mati dua suspek dipercayai pengganas dalam satu serangan hendap pada Sabtu.

Insiden itu turut mengorbankan seorang pegawai dalam kejadian itu.

"Dua suspek dipercayai pengganas dibunuh di Solo, Jawa Tengah, malam Jumaat oleh polis anti-keganasan Unit 88. Seorang lagi berjaya ditahan.

"Mereka bersenjata dan salah seorang pegawai polis juga ditembak mati," kata jurucakap polis kebangsaan, Boy rizalrazali Amar.

Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, berkata lelaki itu dipercayai bertanggungjawab dalam beberapa tembakan di Solo.

Beliau berkata, mereka ditembak di luar pasar mini di kawasan perkampungan Ngruki, yang dianggap sarang aktiviti militan.

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain