suria

Pegawai Korea Selatan Bersalah Hina Presiden Di Twitter

SEOUL: Seorang pegawai tentera Korea Selatan menerima hukuman penjara pada Jumaat atas kesalahan menghina Presiden Lee Myung-Bak di Twitter - pegawai perkhidmatan pertama yang dikenakan hukuman terhadap kesalahan rangkaian sosial di negara ini.

Kapten berusia 28 tahun didapati bersalah menyiarkan komen di akaunnya pada Disember lepas mengkritik Lee yang menggunakan bahasa kasar.

Mahkamah tentera berkata dia dijatuhkan hukuman enam bulan penjara.

Pendakwa berkata, undang-undang ketenteraan menetapkan bahawa pegawai-pegawai tentera harus mengelak daripada menghina senior atau komander mereka.

Mengulas tentang kebebasan bersuara, peguam tidak berjaya mengemukakan hujah bahawa pegawai terbabit, seorang warganegara sah mengkritik dasar Lee.

Kes ini telah mendorong kementerian pertahanan mengumumkan garis panduan baru mengenai penggunaan media sosial yang menasihati askar tidak meluahkan pandangan politik atau lain-lain fitnah.

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain