suria

Oscar Ubah Syarat Pencalonan Lagu Terbaik

LOS ANGELES: Anugerah Academy atau Oscar tahun depan akan menyaksikan lebih banyak pencalonan untuk lagu.

Badan ‘The Academy of Motion Picture Arts and Science’ berkata, terdapat lima lagu akan dipilih yang mendapat undian paling tinggi untuk pencalonan akhir.

Proses undian sebelum ini hanya membenarkan satu lagu yang mendapat markah purata untuk dicalonkan.

Lagu “Man or Muppet” daripada filem “The Muppets” memenangi kategori itu pada anugerah tahun ini.

Anugerah Academy yang ke-85 akan diadakan di Dolby Theatre di Hollywood pada 24 Februari 2013. - AP

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain