suria

Orang Utan Dibenar Temui Anak Selepas Jalani Pembedahan Katarak

JAKARTA: Seekor orang utan Sumatera yang buta dibenarkan untuk menemui dengan kedua-dua anak kembarnya buat pertama kali selepas menjalani pembedahan katarak, pembedahan yang pertama seumpamanya di Indonesia.

Orang utan yang dikenali sebagai Gober itu ditemui selamat pada akhir 2008 di utara wilayah Sumatera selepas dia buta kedua-dua matanya kerana menghidap katarak.

Haiwan itu melahirkan pasangan kembar pada awal 2011, yang merupakan sebahagian daripada program pembiakan.

Doktor bagi Program Pemeliharaan Orang Utan Sumatera di Medan melakukan pembedahan katarak terhadap haiwan yang berusia 40 tahun itu pada Isnin lalu.

Keputusan selepas pembedahan diumumkan berjaya pada Khamis.

Pembedahan katarak yang dijalankan ke atas orang utan buat pertama kali adalah di Malaysia pada 2007.

Orang utan Sumatera merupakan spesis yang semakin pupus, apabila hanya 6,600 ekor yang tinggal di hidupan liar. - AP

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain