suria

Lelaki Bersenjata Bunuh Dua Pekerja Pasar Raya, Diri Sendiri Di New Jersey

OLD BRIDGE (New Jersey): Seorang pekerja di sebuah pasar raya pinggir bandar New Jersey melancarkan tembakan di kedai berkenaan awal pagi Sabtu, membunuh dua rakan sekerja sebelum nekad membunuh dirinya sendiri.

Menurut sumber pihak polis, suspek, berusia 23 tahun dikenal pasti sebagai Terence S Tyler yang bekerja pada syif malam di kedai runcit Pathmark.

Suspek dilihat meninggalkan kedai berkenaan kira-kira pukul 3.30 pagi.

Bagaimanapun, dia kemudian kembali dengan senapang automatik AK-47, kata pendakwaraya wilayah Middlesex, Bruce Kaplan pada Sabtu.

Tembakan itu kedengaran dari dalam pasar raya di Old Bridge, kira-kira 35 kilometer dari New York City, ketika pekerja lain bersedia untuk memulakan tugas.

Kedua-dua mangsa, yang dikenal pasti sebagai perempuan berusia 18 tahun dan seorang lelaki berusia 24 tahun adalah pekerja Pathmark.

Mereka antara berpuluh pekerja yang berada di kedai berkenaan ketika kejadian, kata Kaplan.

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain