suria

Jumlah Penganggur Di Eropah 18 Juta Orang

BRUSSELS: Bilangan mereka yang menganggur di 17 negara di zon Eropah mencatatkan jumlah 18 juta orang pada Julai lalu, kata agensi statistik Kesatuan Eropah (EU) pada Jumaat.

Agensi itu, Eurostat berkata, terdapat penambahan 88,000 orang menyertai kumpulan yang menganggur sepanjang Julai, walaupun data pada Jun mendapati kadar pengangguran tidak berubah pada 11.3 peratus.

Jumlah 18.002 juta penganggur merupakan yang paling tinggi sejak rekod dimulakan pada tahun 1995.

Jerman mencatatkan kadar pengangguran lebih rendah iaitu 5.5 peratus, begitu juga dengan negara-negara jirannya seperti Austria dan Belanda, tetapi lebih daripada satu per empat tidak bekerja di Sepanyol. - AP

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain