suria

Had Baru Kemasukan Rokok Bebas Cukai Ke Australia

MELBOURNE: Australia memperkenal had baharu jumlah rokok bebas cukai yang boleh dibawa masuk oleh pelawat ke negara berkenaan.

Mulai Sabtu, pelawat hanya boleh membawa masuk 50 batang rokok atau 50 gram tembakau.

Had sebelum ini ialah 250 batang rokok atau 250 gram tembakau.

Perubahan itu diumumkan dalam Bajet Mei.

Perokok yang mengisytiharkan lebihan tembakau yang mereka bawa boleh sama ada meninggalkan sahaja lebihan itu atau membayar cukai dan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) manakala yang dikesan membawa produk itu melebihi had tanpa diisytiharkan, perlu membayar cukai dan GST, atau meninggalkannya.

"Kami sudah mengambil langkah untuk meminimumkan impak ke atas pergerakan penumpang. Namun seperti perubahan lain, ia akan mengambil masa untuk menanganinya," kata jurucakap Jabatan Kastam dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat.

Jabatan itu berkata ia sudah menjalankan kempen kesedaran di dalam dan di luar negara bagi memastikan pelancong mengetahui had baharu berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Letupan Bom Di Damsyik: 15 Maut

Artikel Lain