Krew Kabin Lufthansa Lancar Mogok Di Lapangan Terbang Frankfurt - Dunia | mStar

Krew Kabin Lufthansa Lancar Mogok Di Lapangan Terbang Frankfurt

FRANKFURT: Penumpang di lapangan terbang yang ketiga sibuk di Eropah, iaitu Lapangan Terbang Frankfurt berhadapan dengan pembatalan dan penundaan penerbangan pada Jumaat apabila ramai krew kabin syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa melancarkan mogok.

Seorang jurucakap Lufthansa berkata, syarikat itu terpaksa membatalkan kebanyakan penerbangan yang dijadualkan antara pukul 5 pagi dan 1 petang (1 petang dan 9 malam waktu Malaysia).

Syarikat penerbangan itu mengendalikan operasi kira-kira 840 penerbangan setiap hari keluar dan masuk di hab utama Frankfurt, di mana 360 penerbangan terjejas dalam tempoh itu.

“Kebanyakan penerbangan jarak dekat dan sederhana ke Jerman dan sebahagian lagi di Eropah... hanya beberapa penerbangan jarak jauh yang terjejas,” kata jurucakap itu.

Krew kabin melancarkan serangan mogok bagi menuntut bayaran gaji lebih tinggi.

Kesatuan buruh berusaha untuk membuat tuntutan gaji meningkat sebanyak lima peratus untuk krew kabin bagi tempoh 15 bulan terdahulu sehingga Januari tahun ini selepas tiga tahun menyaksikan tiada peningkatan.

Tawaran terbaru Lufthansa adalah untuk meningkatkan gaji kira-kira 3.5 peratus. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain