suria

Kematian Meningkat Kepada 37 Dalam Letupan Lombong Di China

BEIJING: Angka kematian dalam kemalangan lombong terburuk China dalam tempoh tiga tahun telah meningkat kepada 37 memandangkan suhu yang tinggi dan tahap karbon monoksida berbahaya menghalang kerja-kerja menyelamat pada Jumaat. 10 yang lain masih terperangkap.

Polis menahan pemilik lombong arang batu Xiaojiawan berikutan letupan di bandar Panzhihua yang kaya dengan arang batu petang Rabu di wilayah barat daya Sichuan.

Terdapat 154 orang pelombong bekerja di lombong itu apabila letupan berlaku, dan 107 mangsa telah ditarik ke permukaan, Pentadbiran Keselamatan Kerja Negeri berkata dalam satu kenyataan.

Ia adalah kemalangan lombong paling dahsyat di China apabila 108 terbunuh dalam letupan di lombong di wilayah Heilongjiang pada bulan November 2009.

Agensi berita Xinhua berkata, kerja-kerja menyelamat adalah berbahaya kerana suhu yang tinggi dalam lombong dan karbon monoksida padat yang hanya membolehkan paramedik memakai topeng untuk memasukinya.

Xinhua memetik seorang pelombong, Xu Changyong, sebagai berkata dia mendengar letupan itu dan kemudian melihat abu mula keluar dari pemampat udara bsebelum dia bergegas keluar dari lombong.

Daripada pelombong yang berjaya dipindahkan ke permukaan, 50 mengalami keracunan karbon monoksida dan tujuh berada dalam keadaan kritikal, kata Xinhua.

Lombong ini dimiliki oleh Zhengjin Industry and Trade Co.Ltd dan pemilik sedang berada dalam tahanan polis untuk siasatan, kerajaan bandar Panzhihua berkata dalam satu kenyataan yang dipaparkan di laman blog rasmi.

Kemalangan lombong arang batu adalah biasa di China, di mana peraturan keselamatan kerja sering diabaikan.

Tahun lepas, 1,973 pelombong terbunuh dalam kemalangan lombong arang batu di negara ini, tetapi menurin sebanyak 19 peratus dari tahun sebelumnya kerana pihak berkuasa terus meningkatkan langkah-langkah keselamatan.

Pentadbiran Keselamatan Kerja Negeri berkata minggu lepas pihaknya merancang untuk menutup lebih 600 lombong arang batu kecil yang dianggap lebih berbahaya daripada lombong besar tahun ini untuk mengurangkan kematian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain