suria

Polis Chile Disiasat Kerana Paksa Kanak-Kanak Berbogel

SANTIAGO, Chile: Pengarah polis chile berkata, empat pegawai akan dikenakan tindakan disiplin kerana memaksa pelajar membuat tunjuk perasaan supaya menanggal pakaian dan berbogel.

Jeneral Gustavo Gonzalez memberitahu para pemberita sebelum memberi keterangan kepada Senang pada Rabu bahawa 10 pelajar dipaksa untuk menanggalkan pakaian, termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki.

Mereka telah ditahan kerana berhimpun di sekolah di Rancagua di selatan Santiago.

Insiden itu berlaku sejurus selepas pelajar-pelajar lain membalingkan kerusi-kerusi terhadap polis dan memaksa mereka di sekolah itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain