Angka Kematian Akibat Taufan Bolaven Meningkat - Dunia | mStar

Angka Kematian Akibat Taufan Bolaven Meningkat

SEOUL: Anggota penyelamat pada Rabu mengesahkan mangsa korban dari dua bot nelayan warga Cina akibat taufan meningkat kepada 15 orang.

Taufan Bolaven yang disifatkan antara taufan terkuat melanda negara itu dalam tempoh satu dekad, mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerosakan di barat daya dan selatan tengah negara itu.

Taufan berkenaan kemudian bergerak ke Korea Utara.

Media tempatan melaporkan kebanyakan tanaman rosak dan bekalan elektrik terputus di bandar barat Haeju.

Sementara itu, kira-kira 300 pokok di sepanjang Lebuhraya Pyongyang-Kaesong tumbang menyebabkan lampu isyarat terhenti dan berlaku kesesakan yang teruk.

Artikel Sebelum

Thailand Sedia Rancangan Cegah Banjir

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain