suria

Menteri Komunikasi Iraq Letak Jawatan

BAGHDAD: Menteri Komunikasi Iraq, Mohammed Tawfiq Allawi meletak jawatan selepas menuduh Perdana Menteri Nuri al-Maliki campur tangan dalam urusan kementerian tersebut.

"Saya meletak jawatan kerana Nuri enggan berhenti mengganggu urusan Kementerian Komunikasi," katanya kepada AFP ketika dihubungi.

Pada Julai lalu, Tawfiq menggesa agar tiada 'campur tangan politik' dalam kementeriannya.

Keputusan Tawfiq itu merupakan yang pertama berlaku membabitkan peletakan jawatan di kalangan menteri-menteri sejak kerajaan perpaduan Iraq di bentuk pada lewat 2010. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain