suria

Ketua Majlis Perniagaan Malaysia - PakistanTerima Anugerah

NEW DELHI: Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-Pakistan Datuk Mohamad Salim Fateh Din, dianugerah Tamgha-i-Imtiaz atau Pingat Kecemerlangan oleh Kerajaan Pakistan sebagai perakuan ke atas usaha beliau dalam meningkatkan dagangan dua hala antara Islamabad dan Kuala Lumpur.

Anugerah itu ialah yang keempat tertinggi yang dianugerah kepada orang awam Pakistan. Ia juga dianugerah kepada warga asing yang telah memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Pakistan.

Salim aktif dalam meningkatkan perdagangan dan perniagaan antara kedua-dua negara dan peneraju Pameran Negara Tunggal Malaysia yang akan berlangsung di Pakistan, lapor The News International.

MPBC berpejabat di Malaysia.

Tahun lepas, jumlah dagangan antara Malaysia dan Pakistan bernilai US$2.81 bilion (RM8.5 bilion). Eksport Malaysia ke Pakistan berjumlah US$2.5 bilion manakala import bernilai US$250 juta.

Antara barangan yang dieksport ke Pakistan ialah minyak sawit, produk kimia, komponen elektrik dan elektronik, mesin serta makanan diproses. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain